Tahan lama...sambal tahun kerang enak bersama nasi atau nasi himpit. |
Sambal tahun kerang selalu dimasak di musim perayaan atau kenduri-kendara yang sangat digemari masyarakat Jawa. Selain kerang, ada yang menggunakan ikan bilis ataupun perut lembu. Apa yang penting, kepedasannya yang menyengat kerana itu yang paling memikat tetamu.
Kenapa ia dipanggi sambal tahun? Rupa-rupanya kerana teknik masakannya yang lama berserta api sederhana, ia boleh tahan lama. Sambal ini boleh disimpan dan semakin lama semakin sedap rasanya.
Resipinya mungkin seperti rendang ataupun masak lemak cili api saja kerana menggunakan santan, halia, lengkuas dan serai tetapi kelainannya dirasai kerana tambahan taucu.
Masak lemak ditambah taucu? Ternanti-nanti bagaimana rasanya tetapi setelah siap dan makan bersama nasi panas, baru tahu betapa sedap resipi ini. Resipi ini juga boleh dimakan bersama nasi mahupun dinikmati dengan nasi himpit ini.
Bahannya:
2 kilogram kerang
5 sudu minyak
4 inci lengkuas dihiris halus
Santan (sebiji kelapa, ambil patinya)
2 sudu taucu
Sekeping asam keping
20 biji cili padi (atau mengikut selera)
Garam, gula dan perasa secukup rasa
Bahan ditumbuk:
2 batang serai
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci belacan
2 inci halia
Penyediaan :
Sediakan...lengkuas, halia, bawang putih, bawang merah, serai, asam keping dan belacan. |
Jangan Lupa...sediakan juga taucu, cili padi dan santan. |
Lebih sedap.. ditumbuk bahan dengan lesung batu lebih sedap rasanya. |
Tumis... bahan ditumbuk itu ditumis hingga naik bau. Masukkan taucu dan kacau beberapa minit. |
Didihkan...masukkan cili padi, lengkuas, santan dan asam keping. Biarkan mendidih dalam api sederhana. |
Kerang pula... kemudian masukkan kerang dan masak hingga kering. Pastikan ia sentiasa dikacau supaya tidak hangus. |
Sumber - myMetro bertarikh 17/1/2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan